Tuesday, May 31, 2011
Filem Tanpa Rokok-Hari Tanpa Tembakau Sedunia
SAMBUTAN HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2011
Disambut setiap tahun pada 31 Mei,Ia di disambut untuk meningkatkan kesedaran perokok dan bukan perokok tentang ancaman kesihatan akibat tabiat merokok.Juga turut mempromosikan khidmat berhenti merokok di kalangan perokok dan bukan perokok bagi menghentikan tabiat merokok.
Sempena hari tanpa tembakau,Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyarankan pengeluar filem supaya tidak perlu memapar rokok atau gambaran merokok di dalam filem mereka.
Filem pendek mengenai antimerokok yang bertajuk "Cinta Akhir" turut dilancarkan
Filem pendek berdurasi 10 minit ini dilakonkan oleh Pierre Andre,memberi kesedaran mengenai keburukkan merokok
Turut dilancarkan sempena hari tanpa tembakau adalah,Kempen ASAP yang dibiayai oleh Dana Belia 1Malaysia.
Kementerian Kesihatan juga bersedia untuk bekerjasama dengan pembuat filem untuk membuat filem bertemakan anti rokok.
Dana Belia 1 Malaysia
Belia negara kita hari ini mempunyai pelbgai bakat dan kemampuan yang sangat tinggi untuk mempengaruhi masyarakat dan memberi impak yang besar untuk membentuk corak masa depan negara kita sendiri.
Ciri-ciri Dana Belia 1Malaysia
- Dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan oleh 1MDB
- Bertujuan menyediakan platform untuk menggalakkan pembangunan dan perpaduan di kalangan belia di Malaysia
- Merupakan platform bagi belia untuk menyalurkan bakat dan tenaga terhadap pembangunan belia
- Menawarkan belia peluang untuk menjelmakan impian mereka.
- Terbuka kepada individu yang berusia 15 hingga 40 tahun,Turut terbuka kepada organisasi belia dan NGO berdaftar yang menggalakkan program pembangunan belia.
Skim Latihan 1Malaysia
Skim Latihan 1Malaysia Untuk Siswazah Menganggur Dilancar esok
Satu lagi peluang kekemasan untuk generasi belia..Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) ini antara peluang yang perlu di rebut oleh siswazah yang sedang mengangur,Tanggungjawab untuk melaksanakan skim ini adalah diantara kerajaaan dan pihak korporat iaitu syarikat GLC.Di harap dengan perlaksanaan skim ini dapat mengurangkan kadar pengangguran,di samping melahirkan belia yang mempunyai kemahiran tinggi dan memenuhi kehendak pasaran.
Ciri-ciri Skim Latihan 1Malaysia (SLIM)
- Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang akan dilancar untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah di negara ini.
- Siswazah akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
- Mereka yang terpilih akan dibimbing selama setahun, dan selepas itu, dibenarkan mencari kerja lain atau diserapkan oleh syarikat berkenaan.
-
- Skim Latihan 1Malaysia ini dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia.