penaja utama

Sunday, May 29, 2011

Assalamualaikum

http://adzmierz.blogspot.com/






Assalamualaikum
Hampir seminggu tak menulis blog,bukan sebab dah habis ilham,tapi akibat kesibukan yang memanjang.Hmmmm alhamdulillah sekarang dah tak beberapa busy,Jadi untuk memulakan semual blog ni,elok lah dimulakan dengan salam dahulu...Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan...

Assalamualaikum merupakan perkataan atau ucapan yang sangat biasa di sebutkan oleh kita,Ia merupakan ucapan salam dalam bahasa Arab, dan digunakan oleh keseluruhan umat Islam. Ucapan ini adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w., yang dapat mengeratkan ikatan ukhuwah umat islam di seluruh dunia. Memberi salam adalah sunat, dan menjawabnya adalah wajib.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Sebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal mahupun yang belum kamu kenal.” (Muslim)

Abu Umammah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:”Orang yang lebih dekat kepada Allah SWT adalah yang lebih dahulu memberi Salam.” (Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi)











No comments:

Post a Comment