penaja utama

Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Pensyarah 2011

http://adzmierz.blogspot.com/




Sambutan Hari Pensyarah 2011 peringkat kebangsaan tak de ke?Hari Guru jer ada,Tapi Mungkin maksud perkataan Guru adalah lebih meluas kan?,sebab kita pun tak panggil guru kita guru,tapi memnggilnya sebagai cikgu.

Maksud guru ni banyak la kiranya,jadi siapa yang mengajar kita tak kira di luar bidang akedemik ke ataupun bidang apa-apa termasuk pensyarah,cikgu masak,cikgu silat,cikgu memandu,dan lain-lain yang bersangkutan denganya adalah seorang guru.

Jadi selamat hari Guru kepada pensyarah-pensyarah saya yang amat saya ingati sampai sekarang.semoga kalian semua berjaya dan terus mengorak langkah ke hadapan dalam membina dan mengubah destini anak bangsa kita (slogan UiTM).

Walaubagaimanapun semalam saya terbaca keratan akhbar yang mengatakan,Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya kerajaan mengadakan sambutan Hari Pensyarah pada masa akan datang.

CUEPACS melalui Presidennya, Datuk Omar Osman,berkata,profesion pensyarah dan guru berada dalam landasan yang sama iaitu mendidik anak bangsa. Ya memang saya setuju.Katanya juga pensyarah sewajarnya mendapat perhatian jauh lebih baik.Kelebihan sering berpihak kepada guru manakala golongan pensyarah seolah-olah diketepikan.

Jadi kalau Kerajaan kita menimbangkan apa yang CUEPACS cadangkan ini,Insyallah adalah Sambutan Hari Pensyarah.






No comments:

Post a Comment