penaja utama

Thursday, July 18, 2013

Kembali semula setelah beberapa tahun meninggalkan blog ini

Kembali semula setelah beberapa tahun meninggalkan blog ini Terlalu busy dan malas update heee.ditambah pulak dgn instagram dan flickr update..menyebabkan blog aku terbengkalai...so sekarang nk update pic die cast dlu lah..hobi utama aku ni heeee. Koleksi kereta mainan aku kat ofis je sekarang

Thursday, June 23, 2011

KASTURI MUSLIM: HARI TERBUKA SAMBIL MENDERMA MASJID AL-IRSYAD USJ1...

KASTURI MUSLIM: HARI TERBUKA SAMBIL MENDERMA MASJID AL-IRSYAD USJ1...







KASTURI MUSLIM: KITA SERING TERLENA

KASTURI MUSLIM: KITA SERING TERLENA







1Murid 1Sukan 1 Malaysia



Ciri-ciri Program 1Murid 1Sukan 1 Malaysia

  • Langkah untuk melahirkan pelajar yang seimbang,dan menggalakan gaya hidup sihat
  • Mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah.
  • Dasar 1Murid 1Sukan ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
  • Bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS)








Wednesday, June 15, 2011

Hari Muzium Antarabangsa 2011

Hari Muzium Antarabangsa 2011
Jabatan Muzium Malaysia telah mengadakan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 pada 18 hingga 24 Mei di Negeri Sembilan.

Ia di anjurkan untuk mempromosi peranan dan fungsi muzium, selain mendekatkan masyarakat dengan badan yang yang bertanggungjawab memelihara khazanah warisan negara.

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa diraikan setiap tahun pada 18 Mei.

Lembaga Muzium Negeri Kedah pula akan menganjurkan sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah 2011 selama tiga hari mulai 7 Julai ini.

hari pelancaran merupakan kemuncak sambutan di mana akan diumumkan Anugerah Tokoh Muzium serta Pelancaran Sukarelawan Muzium.

Bersama meraikan Hari Muzium antarabangsa peringkat negeri Kedah ini.







Tuesday, June 14, 2011

Nombor Plat KDA


KDA adalah singkatan untuk Kedah Darul Aman,Nombor plat ini amat dinantikan oleh anak jati Kedah.Sesiapa yang berminat bolehlah membuat permohonan bermula dari 12 Jun hingga 26 Jun ini di JPJ Negeri Kedah .

sumber dari
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9177681.asp
http://portal.jpj.gov.my/







Kaunter Bergerak 1JPJ

Kaunter Bergerak 1JPJ Bakal Diperluas Ke Seluruh Negara Ogos Ini.Selain perkhidmatan online,JPJ telah memberi peluang kepada kita untuk memudahkan urusan dengan JPJ dengan perkhidmatan bergerak 1 JPJ ini.

Kaunter bergerak itu akan dibuka di tempat awam terutamanya di pasar tani dan pusat membeli-belah pada setiap hujung minggu.

untuk maklumat lanjut sila layari>

http://portal.jpj.gov.my/






Hari Penderma Darah Sedunia


Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia telah diadakan pada 14 Jun 2011 di Pusat Darah Negara.

Kedatangan Lisa Surihani dan Sheera ke Pusat Darah Negara,telah meramaikan lagi majlis tersebut.

maklumat lanjut di bawah ini
Niat Lisa, Sheera Derma Darah Tidak Kesampaian

Pusat Darah Negara juga akan mengadakan

“Karnival Sambutan Hari Penderma Darah”

bertemakan “Lebih Banyak Darah, Lebih Banyak Nyawa”

Pada 18 Jun ini di Taman Tasik Titiwangsa
jam 7.30 pagi hingga 3 petang.

Kriteria untuk menderma darah
Dari wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Derma_darah
  • Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
  • Berumur di antara 18-60 tahun.
  • Berat badan melebihi 45 kg.
  • Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
  • Tiada masalah kesihatan.
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur.
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis.
  • Mengambil dadah secara suntikan.
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
  • Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.

Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.






Friday, June 10, 2011

KAPSUL BUAH TUNJUK LANGIT

http://adzmierz.blogspot.com/




Tolong membe baik jual produk kesihatan sikit yer

KASTURI MUSLIM: KAPSUL BUAH TUNJUK LANGIT: "Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini.....semoga berada dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya.Ini ialah buah tunjuk langit yang..."






Van Milo Mini

http://adzmierz.blogspot.com/




Program Penebusan Van Milo Mini
Peminat Mainan? Peminat Milo? Peminat Barangan klasik?
Saya minat kesemuanya,terutama sekali mainan.Milo bagi peluang kepada pengumpul mainan dan peminat Milo juga untuk mendapatkan Van Milo mini percuma,dengan syarat kena tebus melalui Program Penebusan Van Milo,yang dimulakan dari 1 Jun 2011 sehingga 31 Ogos 2011.Memang wajib di kumpul ni,sebab Van ni limited dan boleh jadi mainan klasik untuk masa depan.

Untuk maklumat lanjut layari>

http://www.milo.com.my/






Wednesday, June 8, 2011

Semak Mainan Belabel MC

http://adzmierz.blogspot.com/






Mainan Belabel MC

Kepada peminat mainan,

MC adalah singkatan untuk Malaysian Conformity.MC merupakan penanda aras keselamatan alatan permainan kanak-kanak.KPDNKK telah mewajibkan penggunaan tanda pematuhan Malaysia Conformity (MC) untuk semua alat permainan sama ada yang dikilangkan dalam negara atau diimport sejak 1 Ogos 2010.

Penandaan logo MC bertujuan untuk menjaga kebajikan pengguna selain sebagai penanda aras yang membuktikan produk permainan yang berada di pasaran tempatan adalah produk yang berkualiti dan pengguna tidak perlu ragu-ragu tentang keselamatannya

Banyak alat mainan yang dijual di pasaran masih belum mempunyai label Pematuhan Malaysia (Malaysian Conformity, MC).Bagi peminat mainan yang sudah dewasa seperti kita,MC dirasakan tidak menjadi keutamaan lagi,yang penting minat.Penandaan MC ini amat penting bagi kegunaan kanak-kanak.


Untuk maklumat lanjut sila layari:
www.kpdnkk.gov.my






Tuesday, June 7, 2011

Karnival dan Malam Gala Simply Siti UiTM

http://adzmierz.blogspot.com/





UiTM dengan kerjasama SimplySiti akan menganjurkan Malam Gala dan Karnival SimplySiti 2011. Salah satu tujuan Malam Gala dan Karnival ini adalah untuk mengisi Tabung Destini Anak Bangsa UiTM.Patutlah haritu masa lalu depan Bangunan Canseleri nampak Dato Siti & Dato K,Rupanya diorang tengah meeting Pasal Konsert ni rupanya

KARNIVAL
Tarikh: 8 & 9 Julai 2011 (Jumaat dan Sabtu)
Masa: 10 pagi - 11 malam
Tempat: Perkarangan Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM

MALAM GALA
Tarikh: 9 Julai 2011 (Sabtu)
Masa: 8 malam
Tempat: Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM

Acara menarik seperti:
"Battle of the Bands",
Rumah Hantu Malaysia, .

Bagi Malam Gala SimplySiti,
Dato' Siti Nurhaliza dan beberapa artis lain seperti Amy Search, Ana Raffali dan Aizat.

Bayaran tiket akan dikenakan sebanyak RM38 untuk satu orang.

Tiket akan mula dijual pada 7 hingga 9 Jun 2011 bertempat di Foyer Menara SAAS, UiTM mulai jam 12 tengahari hingga 3 petang.

Tiket juga boleh didapati di Pejabat Am, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media mulai 7 Jun 2011.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak Fakulti di talian 03-55444860/4865 atau 03-5521174