penaja utama

Monday, May 30, 2011

Kamera Digital Dengan WiFi Samsung CL80

Salam,
Kamera merupakan satu alat klasik yang terus berkembang sampai sekarang, kamera juga antara peneman dalam kehidupan kita sekarang ini selain daripada telefon bimbit.

Kemunculan kamera digital ini amat bermakna kerana kelebihannya untuk menyimpan gambar yang diambil terus ke dalam kamera tanpa memerlukan filem seperti kamera dahulu kala.

Kepada yang suka mengambil gambar menggunakan kamera digital,Mesti mengimpikan kamera tersebut memiliki keupayaan WiFI.

Maka,Samsung telah melancarkan model terbaru keluaran mereka, Samsung CL80.
Dilengkapkan dengan tujuh kali pembesaran optikal dan lensa sudut lebar 31-217mm,

Keupayaan pula membolehkan kamera itu disambungkan terus ke mana-mana rangkaian WiFi atau hotspot tanpa memerlukan komputer.

Ciri muat naik segera membolehkan kita berkongsi terus gambar yang diambil terus ke Laman Flickr dan Picasa serta laman sosial seperti Facebook tanpa perlu disimpan terlebih dahulu ke dalam komputer.

Kepada yang suka berkongsi video,Samsung CL80 juga boleh dimuat naik terus ke laman YouTube.Mudah dan Pantas

Informasi dari
http://www.samsung.com/us/photography/digital-cameras/EC-CL80ZZBPBUS





No comments:

Post a Comment