penaja utama

Sunday, May 15, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

http://adzmierz.blogspot.com/





Hari Guru ialah hari untuk menghargai jasa guru.Siapalah kita tanpa guru,siapakah anda juga tanpa guru,Terima kasih cikgu kerana mendidik kami sehingga menjadi manusia seperti sekarang.Saya juga ingin mengucapkan Terima kasih kepada Guru pertama saya Puan Fauziah,dan guru-guru lain seperti Puan Maznah,Puan Norizan,Puan Yusnidar,Puan Rosmah,En.Khalid,En Jasheer dan Puan Lim di SK Terap,Serdang,Juga kepada guru-guru di Sekolah Menengah Serdang Kedah seperti Cikgu Ismail,Uztaz Rahim,Cikgu Hasnah,Dan lain-lain.Turut tidak dilupakan pensyarah-pensyarah saya di Fakulti Sains Kesihatan UiTM semoga terus berjaya dalam perkhidmatan perguruan ini.Jasa Kalian semua tidak akan di lupakan sepanjang hayat saya.Tema Hari Guru tahun 2011 ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Sempena Hari Guru Ini satu Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan diadakan di Kuching Waterfront , Sarawak.Utusan Melayu (M) Berhad pula akan menganjurkan festival Hari Guru yang berkonsepkan 1 Pendidikan 1 Malaysia. Tarikh 13 – 16 Mei 2011.Pada 16 Mei 2011 pula di Borneo Convention Centre, Kuching Sarawak.

sumber sahih dari:
http://www.adap.com.my/festival/






No comments:

Post a Comment