penaja utama

Thursday, June 23, 2011

KASTURI MUSLIM: HARI TERBUKA SAMBIL MENDERMA MASJID AL-IRSYAD USJ1...

KASTURI MUSLIM: HARI TERBUKA SAMBIL MENDERMA MASJID AL-IRSYAD USJ1...







KASTURI MUSLIM: KITA SERING TERLENA

KASTURI MUSLIM: KITA SERING TERLENA







1Murid 1Sukan 1 Malaysia



Ciri-ciri Program 1Murid 1Sukan 1 Malaysia

  • Langkah untuk melahirkan pelajar yang seimbang,dan menggalakan gaya hidup sihat
  • Mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan sekolah.
  • Dasar 1Murid 1Sukan ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
  • Bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS)








Wednesday, June 15, 2011

Hari Muzium Antarabangsa 2011

Hari Muzium Antarabangsa 2011
Jabatan Muzium Malaysia telah mengadakan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 pada 18 hingga 24 Mei di Negeri Sembilan.

Ia di anjurkan untuk mempromosi peranan dan fungsi muzium, selain mendekatkan masyarakat dengan badan yang yang bertanggungjawab memelihara khazanah warisan negara.

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa diraikan setiap tahun pada 18 Mei.

Lembaga Muzium Negeri Kedah pula akan menganjurkan sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah 2011 selama tiga hari mulai 7 Julai ini.

hari pelancaran merupakan kemuncak sambutan di mana akan diumumkan Anugerah Tokoh Muzium serta Pelancaran Sukarelawan Muzium.

Bersama meraikan Hari Muzium antarabangsa peringkat negeri Kedah ini.







Tuesday, June 14, 2011

Nombor Plat KDA


KDA adalah singkatan untuk Kedah Darul Aman,Nombor plat ini amat dinantikan oleh anak jati Kedah.Sesiapa yang berminat bolehlah membuat permohonan bermula dari 12 Jun hingga 26 Jun ini di JPJ Negeri Kedah .

sumber dari
http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9177681.asp
http://portal.jpj.gov.my/







Kaunter Bergerak 1JPJ

Kaunter Bergerak 1JPJ Bakal Diperluas Ke Seluruh Negara Ogos Ini.Selain perkhidmatan online,JPJ telah memberi peluang kepada kita untuk memudahkan urusan dengan JPJ dengan perkhidmatan bergerak 1 JPJ ini.

Kaunter bergerak itu akan dibuka di tempat awam terutamanya di pasar tani dan pusat membeli-belah pada setiap hujung minggu.

untuk maklumat lanjut sila layari>

http://portal.jpj.gov.my/






Hari Penderma Darah Sedunia


Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia telah diadakan pada 14 Jun 2011 di Pusat Darah Negara.

Kedatangan Lisa Surihani dan Sheera ke Pusat Darah Negara,telah meramaikan lagi majlis tersebut.

maklumat lanjut di bawah ini
Niat Lisa, Sheera Derma Darah Tidak Kesampaian

Pusat Darah Negara juga akan mengadakan

“Karnival Sambutan Hari Penderma Darah”

bertemakan “Lebih Banyak Darah, Lebih Banyak Nyawa”

Pada 18 Jun ini di Taman Tasik Titiwangsa
jam 7.30 pagi hingga 3 petang.

Kriteria untuk menderma darah
Dari wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Derma_darah
  • Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
  • Berumur di antara 18-60 tahun.
  • Berat badan melebihi 45 kg.
  • Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
  • Tiada masalah kesihatan.
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur.
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis.
  • Mengambil dadah secara suntikan.
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
  • Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.

Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.






Friday, June 10, 2011

KAPSUL BUAH TUNJUK LANGIT

http://adzmierz.blogspot.com/




Tolong membe baik jual produk kesihatan sikit yer

KASTURI MUSLIM: KAPSUL BUAH TUNJUK LANGIT: "Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini.....semoga berada dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya.Ini ialah buah tunjuk langit yang..."






Van Milo Mini

http://adzmierz.blogspot.com/




Program Penebusan Van Milo Mini
Peminat Mainan? Peminat Milo? Peminat Barangan klasik?
Saya minat kesemuanya,terutama sekali mainan.Milo bagi peluang kepada pengumpul mainan dan peminat Milo juga untuk mendapatkan Van Milo mini percuma,dengan syarat kena tebus melalui Program Penebusan Van Milo,yang dimulakan dari 1 Jun 2011 sehingga 31 Ogos 2011.Memang wajib di kumpul ni,sebab Van ni limited dan boleh jadi mainan klasik untuk masa depan.

Untuk maklumat lanjut layari>

http://www.milo.com.my/






Wednesday, June 8, 2011

Semak Mainan Belabel MC

http://adzmierz.blogspot.com/






Mainan Belabel MC

Kepada peminat mainan,

MC adalah singkatan untuk Malaysian Conformity.MC merupakan penanda aras keselamatan alatan permainan kanak-kanak.KPDNKK telah mewajibkan penggunaan tanda pematuhan Malaysia Conformity (MC) untuk semua alat permainan sama ada yang dikilangkan dalam negara atau diimport sejak 1 Ogos 2010.

Penandaan logo MC bertujuan untuk menjaga kebajikan pengguna selain sebagai penanda aras yang membuktikan produk permainan yang berada di pasaran tempatan adalah produk yang berkualiti dan pengguna tidak perlu ragu-ragu tentang keselamatannya

Banyak alat mainan yang dijual di pasaran masih belum mempunyai label Pematuhan Malaysia (Malaysian Conformity, MC).Bagi peminat mainan yang sudah dewasa seperti kita,MC dirasakan tidak menjadi keutamaan lagi,yang penting minat.Penandaan MC ini amat penting bagi kegunaan kanak-kanak.


Untuk maklumat lanjut sila layari:
www.kpdnkk.gov.my






Tuesday, June 7, 2011

Karnival dan Malam Gala Simply Siti UiTM

http://adzmierz.blogspot.com/





UiTM dengan kerjasama SimplySiti akan menganjurkan Malam Gala dan Karnival SimplySiti 2011. Salah satu tujuan Malam Gala dan Karnival ini adalah untuk mengisi Tabung Destini Anak Bangsa UiTM.Patutlah haritu masa lalu depan Bangunan Canseleri nampak Dato Siti & Dato K,Rupanya diorang tengah meeting Pasal Konsert ni rupanya

KARNIVAL
Tarikh: 8 & 9 Julai 2011 (Jumaat dan Sabtu)
Masa: 10 pagi - 11 malam
Tempat: Perkarangan Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM

MALAM GALA
Tarikh: 9 Julai 2011 (Sabtu)
Masa: 8 malam
Tempat: Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM

Acara menarik seperti:
"Battle of the Bands",
Rumah Hantu Malaysia, .

Bagi Malam Gala SimplySiti,
Dato' Siti Nurhaliza dan beberapa artis lain seperti Amy Search, Ana Raffali dan Aizat.

Bayaran tiket akan dikenakan sebanyak RM38 untuk satu orang.

Tiket akan mula dijual pada 7 hingga 9 Jun 2011 bertempat di Foyer Menara SAAS, UiTM mulai jam 12 tengahari hingga 3 petang.

Tiket juga boleh didapati di Pejabat Am, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media mulai 7 Jun 2011.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak Fakulti di talian 03-55444860/4865 atau 03-5521174




Monday, June 6, 2011

Digi Opera Mini

http://adzmierz.blogspot.com/




Opera Mini merupakan pelayar web yang direka bagi kegunaan telefon bimbit, telefon pinta. Ia menggunakan pelantar Java ME maka ia memerlukan kemampuan peranti bimbit untuk menjalankan aplikasi Java ME. Opera Mini ditawarkan secara percuma, disokong melalui kerjasama rakan antara pembangunnya Opera Software dan syarikat enjin carian Google

Kelebihan Opera Mini
Proses scrolling yang lebih cepat
Navigasi dan penterjemahan halaman
Model landscape
Bookmark dan Speed Dial seperti di komputer,

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Digi Opera Mini sila layari:
It's back and it's better! SMS "Opera" to 2000 for free #DiGiOpera. Thank you, DiGi!





Friday, June 3, 2011

Forum Peminat Bas dan Trak Malaysia MBTE

http://adzmierz.blogspot.com/




Forum Peminat Bas dan Trak Malaysia,adalah antara forum yang agak kerap saya layari hari-hari.Sebab dan kenapa saya layari hari-hari adalah kerana,di situ adalah pusat pelbgai gambar dan perbincangan tentang bas dan trak,yang bes sebab ada rungan miniatur yang meletakkan gambar mainan bas dan lori.Saya juga berkesempatan meletakkan banyak gambar mainan bas dan lori saya ke dalam forum ini.

Link Forum Peminat Bas dan Trak Malaysia
http://www.forumforfree.com/index.php?mforum=malaysianbus

Ruanagn yang saya minati.
Buses & Truck Photos
Gambar bas dan trak

Miniatures
Model mainan Bas dan Trak





Forum Pencakar Langit Malaysia

http://adzmierz.blogspot.com/






Forum Pencakar Langit Malaysia,adalah antara forum yang paling kerap saya layari hari-hari.Sebab dan kenapa saya layari hari-hari adalah kerana,di situ adalah pusat pelbgai gambar dan berita di bandar dan negeri kita.Saya juga berkesempatan meletakkan banyak gambar pemandangan saya dari panoramio saya ke dalam forum ini.

Link Forum Pencakar Langit Malaysia
http://www.skyscrapercity.com/forumdisplay.php?f=164

Ruangan forum yang saya minati


Skyscrapers and Cityscapes
Gambar dan pemandangan pencakar langit

Countdown to 2020
Projek dan berita baru


Urban
Berita dan perbincangan dalam negara dan isu-isu setempat


Gambar pemandangan bangunan yang biasa.








Sukma 2011 Kuala Lumpur

http://adzmierz.blogspot.com/






Sukan Malaysia atau SUKMA adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.

SUKMA adalah merupakan kejohanan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.

Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 ini akan di adakan di sekitar Lembah Klang dari 2 hingga 15 Jun.

Terdapat lebih 19 jenis sukan pilihan akan dipertandingkan.

Atlet-atlet pula akan berkampung di Perkampungan Sukan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Patutlah ramaiorang sangat kat depan pejabat saya tadi hehehehe.

Untuk keterangan lanjut sila layari:
http://sukanmalaysia.nsc.gov.my/








EMAS-TV RETRO PERTAMA

http://adzmierz.blogspot.com/






Telekom Malaysia Berhad (TM) bersama-sama dengan Media Prima Berhad melancarkan saluran TV retro Malaysia pertama yang dinamakan EMAS pada 1 Jun 2011

EMAS adalah saluran baru dari Syarikat Media Prima Berhad yang menawarkan konsep retro dan boleh di tonton melalui UniFi atau Internet Protocol TV.

Kewujudan Saluran Emas ini adalah hasil kerja sama dengan TM untuk menyediakan kandungan Media Prima Berhad melalui UniFi .

Dapatlah kita mengimbau zaman muda kita dengan rancangan-popular dahulu seperti Majalah 3, Sinaran, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini, Senario, Melodi dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut layari:
http://www.hypp.tv/








International New Era Chinese Kungfu Competition- Malaysia Round

http://adzmierz.blogspot.com/




astro kungfu competition

gambar sekadar hiasan

Siapa yang minat dengan kungfu panda mesti dah tengok sambungan citer tu kan?Ini cerita kartun,kita nak tengok betul-betul dan realiti kungfu.Jadi Astro Channel 311 akan tayangkan sebuah pertandingan kungfu sebenar bermula 18 Jun 10 malam.

International New Era Chinese Kungfu Competition- Malaysia Round

22nd May 2011 to 19th June 2011

Berjaya Square Concourse
Berjaya Times Square
1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur









Wednesday, June 1, 2011

Hari Bapa 2011 Oreo T-Card!

http://adzmierz.blogspot.com/




Hari Bapa mula disambut pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa.

Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada bapa dan kegiatan kekeluargaan.

Negara kita Menyambut pada hari ahad ketiga bulan Jun iaitu 19 Jun 2011.

Sempena Hari Bapa,Oreo Malaysia memberi peluang untuk kita mereka kad hari bapa,yang boleh dibuat melalui aplikasi Facebook.

Untuk maklumat lanjut sila layari link dibawah ini:
Dunk your dad an Oreo T-Card for Father's Day!










Pertandingan Graffiti 1 Malaysia

http://adzmierz.blogspot.com/





Graffiti
Graffiti adalah gambar atau tulisan yang di tulis atau di lukis dengan cara apa sekalipun. Di zaman moden ini, cat, terutamanya cat sembur, dan marker pen telah menjadi bahan grafiti paling banyak digunakan.
Graffiti telah berkembang seiring dengan kewujudan muzik hip hop underground.

Jadi kepada peminat seni graffiti di Malaysia,Pertandingan Graffiti 1 Malaysia adalah peluang untuk menonjolkan bakat anda sambil memenangi hadiah yang lumayan.

Pertandingan Graffiti 1 Malaysia
Sempena sambutan Hari Seniman 2011 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK,Satu pertandingan Graffiti yang bertemakan ‘1Malaysia, 1Budaya, 1Aspirasi’ ini di anjurkan.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas kecuali warga dan ahli keluarga Jabatan Penerangan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Jun 2011 d


Sila layari laman web dibawah untuk keterangan lanjut:
http://graffiti.penerangan.gov.my/g1m/page/pertandingan