penaja utama

Tuesday, June 14, 2011

Hari Penderma Darah Sedunia


Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia telah diadakan pada 14 Jun 2011 di Pusat Darah Negara.

Kedatangan Lisa Surihani dan Sheera ke Pusat Darah Negara,telah meramaikan lagi majlis tersebut.

maklumat lanjut di bawah ini
Niat Lisa, Sheera Derma Darah Tidak Kesampaian

Pusat Darah Negara juga akan mengadakan

“Karnival Sambutan Hari Penderma Darah”

bertemakan “Lebih Banyak Darah, Lebih Banyak Nyawa”

Pada 18 Jun ini di Taman Tasik Titiwangsa
jam 7.30 pagi hingga 3 petang.

Kriteria untuk menderma darah
Dari wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Derma_darah
  • Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
  • Berumur di antara 18-60 tahun.
  • Berat badan melebihi 45 kg.
  • Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
  • Tiada masalah kesihatan.
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur.
  • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis.
  • Mengambil dadah secara suntikan.
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
  • Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.

Untuk penderma wanita:
  • Tidak mengandung.
  • Tidak datang haid.
  • Tidak menyusukan anak.






No comments:

Post a Comment