penaja utama

Wednesday, April 27, 2011

Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2011

http://adzmierz.blogspot.com/



CUEPACS
Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2011 PULA AKAN DILANGSUNGKAN PADA 1 Mei 2011 di Stadium Indera Mulia Ipoh Perak,Tahun lepas saya berkesempatan Ke Kuala Terngganu untuk menyambutnya,tetapi tahun ni tak sempat sebab banyak pula aturcara lain yang menanti,jadi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Pekerja peringkat CUEPACS di ipoh Perak ye..






Sambutan Hari Pekerja 2011

http://adzmierz.blogspot.com/







Sempena Hari Pekerja atau dulunya dipanggil Hari Buruh,Pekerja-pekrja seperti saya dan kawan kawan dijemput hadir ke Majlis Perhimpunan Hari Pekerja yang akan diadakan pada 7 Mei 2011 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Hari Pekerja tahun 2011 ini bertemakan “Pekerja Merealisasi Transformasi Negara”

Antara tetamu VIP yang di jangka hadir:
YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Y.B Datuk Dr. S. Subramaniam Menteri Sumber Manusia
Y.B Senator Dato’ Maznah bt Mazlan Timbalan Menteri Sumber Manusia

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web mohr:

PEMINAT SETIA FANTASY EPL: Jadual Perlawanan EPL Minggu 35,30 April-1 Mei 20...

http://adzmierz.blogspot.com/



PEMINAT SETIA FANTASY EPL: Jadual Perlawanan EPL Minggu 35,30 April-1 Mei 20...: "Sabtu 30 April 2011 Blackburn Rovers v Bolton Wanderers Blackpool v Stoke City Sunderland v Fulham West Bromwich Albion v Aston Vi..."




Rakyat Malaysia Terpaksa Berhutang Melebihi Pendapatan

http://adzmierz.blogspot.com/





Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mendedahkan bahawa,nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh rakyat negara kita merupakan antara yang tertinggi di dunia dengan kadar 140 peratus.kadar 1.4 kali lebih tinggi berbanding pendapatan menyebabkan pendapatan boleh guna menjadi semakin sedikit.Jadi tidak banyak lagi yang tinggal untuk dibelanjakan bagi makanan, pengangkutan, pendidikan dan kecemasan. Ia akan membebankan bila jika kita jatuh sakit atau hilang pekerjaan.Memang sangat bermasalah bila tiba saat seperti itu.

Bandingan dengan kadar di negara lain:
Singapura dengan 105 peratus
Amerika Syarikat 123.3 peratus
Korea 101 peratus
Thailand 52.7 peratus
Indonesia 38 peratus

Antara hutang isi rumah di negara ini:
membayar balik pinjaman perumahan
pinjaman kereta
penggunaan peribadi
pembelian saham
kad kredit

Tanggungjawab pihak yang berwajib:
perlu mengetatkan peraturan sedia
meningkatkan bayaran pendahuluan yang minimum
meningkatkan deposit
mengurangkan tempoh pinjaman kereta
perlu menghentikan iklan bagi pinjaman dan kad kredit yang tidak telus







Tuesday, April 26, 2011

iPad 2 dilancar di Malaysia Hujung Bulan April & iPad vs iPad 2

http://adzmierz.blogspot.com



Mengikut lam web ini http://www.soyacincau.com/tag/ipad-2-malaysia/
harga iPad adalah seperti berikut:

iPad 2 WiFi
16GB RM1599
32GB RM1899
64GB RM2199

iPad 2 WiFi+3G
16GB RM1999
32GB RM2299
64GB RM2599

Smart Cover Poly : RM150
Smart Cover Leather : RM250

Jadi peminat setia ipad bolehla tambah koleksi anda,orang Amerika cakap ipad ni mahal,orang Malaysia cakap ipad ni lagi mahal,dan saya cakap memang mahal hahahaha.
Menurut laman web ini http://www.coveringweb.com/2011/03/ipad-2-vs-old-ipad.html

iPad vs ipad 2 adalah seperti berikut:
iPad vs ipad 2






Stadium Angkasa Tv1





Logo Stadium Angkasa
Berita sukan adzmierz.
Stadium Angkasa adalah rancangan sukan di Tv 1,RTM yang disiarkan secara langsung menarik pencinta sukan tempatan.
Banyak segmen yang menarik antaranya imbasan daripada arkib RTM. Pengacaranya pun serba boleh iaitu saudara Hafizal Hamad,yang selalu cakap terima kasih,terima kasih,terima kasih.hehehehe.

Semalam Jam 10.00-11.00 mlm TV1 buat rancangan sukan Stadium Angkasa yang mengupas perkembangan semasa Sukan Malaysia.Semalam banyak mengupas tentang olahraga Malaysia dan Stadium di Ranau Sabah.



Hari Belia Negara 2011& Himpunan Sejuta Belia 2011





Adakah anda masih belia seperti saya hahahah.Saya masih belia remaja lagi,Jadi mari bersama-sama ke memeriahkan Hari Belia Negara 2011 di Putrajaya bagi menghimpunkan Sejuta Belia pada 27 – 29 Mei 2011.

Antara Aktiviti yang di anjurkan adalah:
  • Memancing Sejuta Belia
  • Karnival Sukan Air
  • Karnival Jom Makan 1 Malaysia
  • Pertandingan Mencipta Logo & Slogan Sekretariat Rakan Muda IPT
  • 6th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2011
Bulan Mei ni memang banyak aktiviti,Maklumlah Macam-macam hari ada,bulan lain ada hari ahad sampai sabtu jer,bulan 5 macam-macam hari ada..best kan!

Boleh layari laman web hari belia negara dibawah ini untuk maklumat lanjut.
http://www.haribelianegara.org.my/





Festival lagu nasyid (Islamic Song Festival 2011)





Kalau tak nak tengok konsert Maroon 5 kita boleh tengok Konsert nasyid,lagi best dan boleh menenangkan jiwa,sambil dengar muzik boleh rehatkan jiwa dan minda.Festival lagu nasyd ini berlangsung pada 30 APRIL dan 1 MAY 2011 di Plenary Hall, KL Convention Centre.


Islamic Song Festival ini dianjurkan oleh Out Of This World Sdn Bhd ini membariskan lebih ramai artis nasyid dari seluruh dunia.

Antara Barisan artis nasyid terpilih ialah:
La Rappel dari Perancis
Fez Meghani dan Aftab Ali (Amerika Syarikat)
The Brothahood (Australia)
Khalid Belrhouzi (Perancis)
Benami (Arab), Ziryab (Brazil)
Kumpulan Brotherz (Malaysia)
Khaleel Muhamad (United Kingdom)
Opick (Indonesia) Penyanyi ni saya minat hehehe
Zain Bhikha (Afrika Selatan)
Debu (Indonesia)
Yassin (Malaysia)
Native Deen (Amerika Syarikat)
Budi (Jerman)
Aashiq al-Rasul (United Kingdom)
Kumpulan Noor (Amerika Syarikat)

Persembahan ini mewakili genre muzik nasyid masing-masing seperti Folk, Acapella, Hip Hop, Kontemporari, Tradisional, Progresif, Pop, R&B dan World Music.

Lawati laman web ini untuk maklumat lanjut http://www.isfestival.com.my.




Konsert Maroon 5 Live In Kuala Lumpur 2011






Siapa minat Maroon 5,29 April 2011 ini Maroon 5 akan datang ke Malaysia untuk jelajah promosi album ketiga mereka, “Hands All Over” Konsert tersebut akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.
Konsert ini adalah siri jelajah Maroon 5 ke 4 negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Singapore, Filipina & Indonesia.
Nak pergi ke tak nak pergi,teringat lagi pergi konsert muse dulu,dengan kawan-kawan memang best,Maroon 5 pun best.harga tiket lebih sikit dari konsert muse dulu,




Monday, April 25, 2011

New Enterprise Exchange (NEXT) Hadiahkan Percutian Ke Krabi


Iklan ChurpChurp
Menangi percutian ke Krabi Thailand dari New Enterprise Exchange (NEXT)
Untuk maklumat lanjut sila klik di bawah:
Here's your chance to win 3 days to live life like a millionaire & all you need is to solve riddles. Try now! #NEXTMoneytree

Safee Sali dalam dilema





Safee Sali
Blog Sukan Adzmierz
Pemain bola sepak kebangsaan,Safee Sali berada dalam dilema sama ada akan beraksi bersama skuad kebangsaan atau bersama kelab Pelita Jaya FC di Indonesia menghadapi satu perlawanan penting.

Safee Sali akan dipanggil menmbantu skuad negara menentang Hong Kong pada 3 Jun ini, tetapi pada masa yang sama kelab Pelita Jaya FC di Indonesia, Pelita Jaya FC juga berdepan perlawanan penting dalam Liga Super Indonesia menentang Persija Jakarta pada 5 Jun.
Pelita Jaya
Safee Sali masih belum berpuas hati dengan tahap permainannya dengan Pelita Jaya.Dan beliau berazam membantu kelab bola sepak Pelita Jaya FC untuk meraih kedudukan ketujuh atau kelapan musim ini.Kelab Pelita Jaya hanya menduduki tangga ke-10 Liga Super Indonesia.

Agak-agak anda Safee Sali akan memilih Yang mana satu.sebab keduanya amat penting,Apa-apa pun pilihan beliau kita sebagai peminat sukan Malaysia harus terima dan akur dengan keputusanya...Majulah Sukan Untuk Negara




Kad-i Bank Islam-UiTM Untuk Program Mengubah Destini Anak Bangsa

Kad kredit Bimb-Uitm
Buat Warga Alumni-uitm,Kakitangan dan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan uitm,Sukacita dimaklumkan bahawa melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa, UiTM dan Bank Islam telah bekerjesama melancarkan kad platinum Kad-i Bank Islam-UiTM. Semua warga dijemput untuk memohon.

Program Mengubah Destini Anak Bangsa ini bertujuan membantu pelajar luar bandar dan dari keluarga yang tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran di uitm,



NYSkinSolutions Skincare Treatment Percuma

Wajah yang bersih dan berseri memang menjadi idaman setiap jejaka dan gadis,,Jadilah 50 tukang komen untuk Link dibawah ini untuk mendapatkan skincare treatment percuma..sila klik di bawah untuk maklumat lanjut
Be the first 50 commenters to comment on this link & you are entitled for a free skincare treatment. Thank you, #NYSkinSolutions!




Sunday, April 24, 2011

KASTURI MUSLIM: KASTURI KIJANG DAN AMBAR

KASTURI MUSLIM: KASTURI KIJANG DAN AMBAR: "Ini ialah bunjut kasturi kijang dan ambar untuk dimasak dan menghasilkan minyak kasturi kijang yang susu."




msatrading: PENGURUSAN KEWANGAN BIJAK

msatrading: PENGURUSAN KEWANGAN BIJAK: "SIRI 1 (Langkah 2):- Langkah seterusnya anda mesti check betul2 segala due date hutang-hutang termasuk rumah,kereta,credit card,bil2  dan ..."




msatrading: TIPS PENGURUSAN KEWANGAN BIJAK.

msatrading: TIPS PENGURUSAN KEWANGAN BIJAK.: "SIRI 1:- Saya ingin berkongsi tips kewangan yang bijak kepada semua pembaca blog ini.Terdapat beberapa siri yang akan saya tulis dan harap..."




1001animemanga Blog Untuk Penggemar Anime dan Mangga






Salam kawan-kawan,siapa suka baca komik mangga dan minat Naruto Shippuuden dan One Piece ,tapi versi inggeris la,saya peminat setia one piece atau budak getah ni..kat sini ada satu blog yang selalu update episodnya:
http://1001animemanga.blogspot.com/p/manga.html

Antara anime dan mangga lain yang turut di muat di dalam blog tersebut

Naruto Shippuuden
Fairy Tail
Bleach
One Piece
Dragon Ball Kai




1 dollar dah hampir sama rm3.00




Tadi saja-saja buka laman web xe.com nak tengok Duit Rm kita ni dah berapa nilainya kalau nak dibandingkan dengan Dollar USD.ni keputusanya untuk harini 25/4/2011

1.00 USD = 2.99348 MYR
US Dollar Malaysian Ringgit
1 USD = 2.99348 MYR 1 MYR = 0.334059 USD

mungkin harini Matawang USD jatuh sedikit rasanya,so boleh la tukar duit uSD,gaji dah dapat td,mana la tau esok dia naik balik heehehehe

sumber dan graf matawang USD dan MYR
http://www.xe.com/currencycharts/?from=USD&to=MYR




Samsung Saman Apple




i phone 4

Kronologi kes Samsung Saman Apple

1.Samsung memfailkan saman hak cipta terhadap Apple berhubung gajet iPhone dan iPad keluaran Apple berkenaan dalam kes saman balas selepas Apple mendakwa Samsung meniru produknya.

2.Apple sebelum ini mendakwa telefon pintar dan komputer tablet buatan Samsung ditiru daripada iPhone dan komputer iPad keluarannya.

3.Saman balas Samsung itu dikemukakan beberapa hari sebelum ia melancarkan produk terbarunya.

4.Apple memfailkan saman terhadap Samsung pada Jumaat minggu lalu dengan mendakwa Samsung melanggar paten dan hak cipta membabitkan gajet iPhone dan iPad keluarannya.

5.Samsung sebaliknya mendakwa bahawa gajet iPhone dan iPad keluaran Apple telah melanggar paten teknologi mudah alih pihaknya.

6.Samsung meminta Apple supaya berhenti meniru teknologinya dan membayar sejumlah ganti rugi.

Fakta menarik
"Apple menyaman Samsung baru-baru ini kerana ia bimbang dengan kebangkitan Samsung dalam pasaran gajet yang sebelum ini dicipta olehnya," kata seorang penganalisis firma Daewoo Sekuriti, James Song semalam.Apple telah menjual 18.6 juta telefon pintar iPhone dalam suku pertama tahun ini namun Samsung dilaporkan menjual sekitar 13 juta telefon pintarnya pada suku sama dan merancang untuk menjual 60 juta telefon itu pada tahun ini.




Keputusan Anugerah di Malam Keraian Sukan Astro Arena (Saluran 801)

http://adzmierz.blogspot.com/



Astro Arena


Malam 24/4/2011 Astro Arena telah meraikan ulang tahun pertama yang berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur,Malam tersebut juga adalah malam pengumuman keputusan anugerah atlet yang dipilih secara undian.

Keputusanya adalah seperti berikut:


Selepas kejayaan membantu negara merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010 dan kemudiaannya muncul pemain tempatan pertama bermain di liga luar negara melayakkan Safee Sali untuk dinobatkan penerima anugerah Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan Malaysia

Safee Sali

Manakala bagi kategori Atlit Wanita Pilihan Berpasukan pula menyaksikan penembak negara Nur Ayuni Abd Halim telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut
berdasarkan pencapaiannya merangkul pingat emas semasa Sukan Komanwel 2010.

Seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan turut menerima anugerah iaitu bagi kategori Atlit Muda Pilihan

Selain itu anugerah dalam kategori Kebangkitan Pilihan yang menjadi milik atlit angkat berat , Amirul Hamizan Ibrahim

Kosmo pula terpilih untuk menerima Anugerah Khas Meja Sukan Pilihan sebagai tanda penghargaan di dalam memartabatkan sukan tempatan negara.

Selain menerima anugerah, kesemua atlit yang menerima anugerah 'Malam Keraian Sukan Malaysia' tersebut juga telah terpilih selaku Duta Baru untuk pihak Astro Arena pada tahun 2011






Jawatan Kosong Uitm 2011

http://adzmierz.blogspot.com/




Salam kawan-kawan,haritu ramai lah duk tanya saya macam mana nak kerja kat uitm,Nah harini Uitm dah buka jawatan kosong,Banyak juga jawatan yang di tawarkan boleh la isi dan jadi rakan seperjuangan saya di Universiti ini untuk bersama mengubah destini anak bangsa,,insyallah..

sila klik di bawah untuk maklumat lanjut.
http://www.uitm.edu.my/index.php/en/current-news/423-job-vacancy-administration










Apakah kelebihan Google Maps dan Google Panoramio

http://adzmierz.blogspot.com/




Apakah kelebihan Google Maps dan Google Panoramio
Google Maps adalah perisian tentang pemetaan dunia yang di aplikasi kan oleh Google,Perkhidmatanya adalah percuma dan ia termasuk,Google Maps website, Google Ride Finder, Google Transit,Google Maps banyak membabntu perkembangan GPS dan ia juga
terpopular dalam siri peta dunia,dan ia sangat mudah untuk digunakan,Kita boleh merancang perjalanan dan mudah mengetahui arah,tetapi gambar dari Google Maps satellite bukanlah gambar yang baru tetapi ia diambil beberapa tahun lepas,untuk mengetahui tarikh sebenar bolehlah merujuk di software Google Earth.

Google Maps terdiri daripada Maps,Satellite dan Terrain,Kita mudah mengetahui jarak sesuatu tempat melalui direction.mudah untuk kita mengetahui jalan yang mudah dan paling dekat untuk ke suatu tempat.Google maps juga turut menjadi perisian utama di telefon bimbit,ia lebih mudah dan hampir sama dengan laman web di pc,

Dari Google Maps juga beberapa pautan lain turun di sediakan,contonya Wikipedia iaitu ekslopedia tentang sesuatu tempat,dan Google Panoramio yang membolehkan kita melihat gambar dan pemandangan sesuatu tempat,

Google panoramio adalah laman web yang membolehkan kita memuatkan gambar-gambar sesuatu tempat kedalam Panoramio dan petakan ia supaya ia diletakkan di dalam Google Earth,dan Google Maps.

Memasukkan gambar ke dalam Panoramio adalah hobi utama saya,jika saya ke mana-mana pasti bertemankan Kamera dan saya akan mengambil gambar sekitar kawasan yang saya lawati,untuk melihat hasil gambar-gambar panorama yang telah terpilih untuk Google Maps bolehla layari Laman Web Panoramio saya.:

http://www.panoramio.com/user/1355778













Saturday, April 23, 2011

Jambu Yang Paling Popular





Sedikit fakta mengenai jambu air atau nama saintifiknya Syzygium aqueum, merupakan tumbuhan dalam famili Myrtaceae dan tumbuhan asal di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Pokoknya malar hijau dan tumbuh di kawasan tropika. Ia sering ditanam manusia bagi mendapatkan buahnya yang boleh dimakan begitu sahaja atau dengan dicicah.

Tetapi tahukah anda Jambu apa yang popular sekarang ni..Jambu batu?Jambu Air?,Merah Jambu?,Hidung Jambu? atau Jambu 88?,Setiap orang ada pandangan sendiri pasal jambu,tapi bagi saya jambu yang popular sekarang adalah Kumpulan Jambu Maharaja Lawak,yus dan Tauke,muka legend dalam hati ada taman,memang best semalam diaorang buat lawak.




kumpulan Jambu Maharaja Lawak














Friday, April 22, 2011

Malam Keraian Sukan Astro Arena (Saluran 801)

http://adzmierz.blogspot.com/




Astro Arena

24 April 2011 ini Astro Arena (Saluran 801) akan mengadakan Malam Keraian Sukan.Ia juga bertujuan untuk meraikan atlet-atlet cemerlang
Pemenang Anugerah adalah berdasarkan undian peminat sukan di Malaysia,Namun Undian telah pada 22 april 2011.

Antara anugerah yang dipertandingkan:

1)ANUGERAH ATLET LELAKI PILIHAN BERPASUKAN
Amin Rahim (Hoki)
S. Kumar (Hoki)
Safee Sali (Bola Sepak)
Safiq Rahim (Bola Sepak)
Koo Kien Keat (Badminton)

2)ANUGERAH ATLET WANITA PILIHAN BERPASUKAN
Low Wee Wern (Skuasy)
Nor Suryani Taibi (Menembak)
Nur Ayuni Abd Halim (Menembak)
Leong Mun Yee (Terjun)
Sharon Koh (Boling)

3)ANUGERAH KEBANGKITAN PILIHAN
Amirul Hamizan Ibrahim (Angkat Berat)
Josiah Ng (Berbasikal)
Bibiana Ng (Menembak)
Pasukan Bola Tampar Pantai Wanita
Pasukan Ping Pong Wanita

4)ANUGERAH ATLET MUDA PILIHAN
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)
Pasukan Bola Jaring Remaja Kebangsaan
Arrico Jumitih (Angkat Berat)
Elaine Koon (Gimnastik)
Yeap Wai Kin (Wushu)

5)ANUGERAH KHAS MEJA SUKAN PILIHAN
The Star
News Straits Times
Kosmo
Harian Metro


Berita Harian








Kopi Tok Janggut



Jadual Promosi Kopi Tok Janggut
Isnin-Pasar Minggu Machang
Selasa-Pasar Minggu Jeli
Rabu-Kuala Berang
Khamis-Pasar minggu Jerteh
Jumaat-Medan Ilmu Kota Bharu
Sabtu-Kuala Kerai
Ahad-Pejabat Tok Janggut KB

Tempat dan hari boleh berubah mengikut perubahan semasa
Kopi Tok Janggut ,sedap kopi ni...saper nak rasa boleh la hubungi
Hubungi
Helmi bin Mahmud
peti surat 48,Kg Telipot,
16800 Pasir Puteh
Kelantan
019-9667229









My Honeymoon Outlet Nak Hadiahkan Dessert Percuma

Iklan sikit yer dari churpchurp ...
Nak makan dessert percuma tak kawan-kawan,
Sila klik di bawah untuk mengetahui lebih lanjut:
Want some free dessert? All you need is to be the first 100 commenters on #myhoneymoon's FB page. Desserts, FTW!
Senarai My Honeymoon Outlet
Kepong
One Utama
Puchong IOI
Sunway Pyramid
Kuchai Lama
Kota Damansara







Thursday, April 21, 2011

Wuuhuu E-Comic 5th Issued” Dah Keluar

http://adzmierz.blogspot.com/




Wuuhuu E-Comic 5th Issued”

Saya Baru jer baca siri ke 4 tiba-tiba Isu Ke-5 Wuuhuu Online E-Comic siap, memang best baca kisah Space Ship bertajuk Kamcing karya Maus.Memang best untuk di Layan.Sama-sama lah kita menyokong Komik tempatan ke arah global

sumber dari http://wuuhuuonline.com/














Kalkulator Gula

http://adzmierz.blogspot.com/



Di Negara kita penyakit Diabetis semakin berleluasa.Semuanya berpunca dari amalan seharian kita dan budaya masyarakat kita sendiri yang suka makan gula,saya sendiri pun suka makan gula,dan menjadi menu utama setiap hidangan,Saya seorang paramedik,dan tahu keburukan gula ini,namun semuanya kerana kesedapanya,gula terus menjadi ramuan sejati dalam hidup.tetapi makanan yang mengandungi gula semula jadi seperti buah-buahan dan susu adalah baik dan sihat untuk diet kita.Jadi kita kena banyakkan makan buah-buahan dan susu segar yang terbaik dari ladang.

Sedikit fakta mengenai gula dari wikipedia:
Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan "gula" untuk bermaksud sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih. Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok tebu atau pokok bit gula. Dalam senarai ramuan, mana-mana satu perkataan yang berakhir denga "osa" mungkin merupakan gula. Dalam istilah masakan, gula dikenali sebgai makanan yang memberikan rasa manis

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan merupakan sumber berpotensi untuk kalori berlebihan yang menyumbang ke arah perkembangan obesiti dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit koronari jantung dan karies gigi – walaupun untuk kanak-kanak.

Jadi saya syorkan satu laman web yang best untuk menyemak kadar gula dalam makanan untuk kita dan anak-anak kita,ini adalah usaha kita semua untuk menguranggkan penggunaan gula dalam makanan.

http://www.semakgula.com.my/index.aspx







Digi WWWoW Awards 2011

http://adzmierz.blogspot.com/
DiGi meraikan pelanggan internet dengan menganjurkan WWWoW Awards,bermula dari 21 April sehingga 20 June 2011 terdapat 16 kategori anugerah yang diadakan,berikut adalah senarai anugerah yang di pertandingkan:

Top Makan Makan Expert Award
Top Kay Poh Award
Fave Tech Head Award
Online Shop of The Year Award
Blogger of the Year Award
Video of the Year Award
Must Follow Personality Award
Picture of the Year Award
Top LOL (humour) Award
Best Internet for Good Award
Fave Malaysian Male Online Celebrity Award
Fave Malaysian Female Online Celebrity Award
Fave Person over 40 Award
Fave Person under 15 Award
Online Story of the Year Award
Best Internet For All Idea/Campaign Award

Pemenang kesemua 16 anugerah ini akan diumumkan semasa karpet kuning di malam gala award 21 julai 2011 nanti,Penerima anugerah akan membawa pulang trofi dan wang tunai Rm 5000,sama-sama lah kita vote apa yang kita suka yer....

Untuk keterangan lanjut boleh layari www.wwwow.my




APAKAH MY BERRY? & APAKAH YOUR BERRY?

Menangi tiket ke Konsert Yuna Inspired Secret Concert dan bermacam hadiah berry lagi
Klik link dibawah untuk mengetahui lebih lanjut:





Kursus Buat Kek Secara Professional


Iklan...RM 65 untuk 3 jam belajar buat kek dan dekorasi secara professional.Suka belajar benda baru atau memang minat nak belajar buat kek,untuk keterangan lanjut sila klik link dibawah:
Love to make cookies to share? Learn how to decorate them with d special touch at #Sugarflours . #MilkADeal

MAD - RM65 FOR 3 HOURS OF PROFESSIONAL BAKING & DECORATING CLASS - COOKIES, CUPCAKES OR CAKES AT SUGARFLOURS.




PEMINAT SETIA FANTASY EPL: Jadual Perlawanan EPL Minggu 34

PEMINAT SETIA FANTASY EPL: Jadual Perlawanan EPL Minggu 34: "Sabtu 23 April 2011 Manchester United v Everton Aston Villa v Stoke City Blackpool v Newcastle United Liverpool v Birmingham City Sunder..."

Peraduan dari DiGi ,Hadiah Honda City dan i pad

Iklan dari penaja utama churpchurp untuk keterangan lanjut sila klik link di bawah:
Nak senang? DiGi's giving away Honda City and iPad EACH WEEK. Cuma subscribe jer! Senang kan? Go to #DiGiSenang2Menang

DiGi menganjurkan peraduan mudah dan ringkas iaitu ‘senang senang menang’ layarilah laman web diatas untuk memenangi hello, iPad, GPS and Honda City,selamat mencuba dan berjaya..






Wednesday, April 20, 2011

Malaysia Boleh Jadi FB capital

Iklan dari Penaja utama ,untuk keterangan lanjut sila klik dibawah.
Let's come together and create the largest FB invite card so we can be acknowledged as the FB capital of the world! #DiGiFBforall

Nampaknya Blog saya dah jadi mcam blog iklan kan.Tetapi masih tidak lari dari tujuan asal kan?

Kita kan orang Malaysia,Orang berjiwa IT tinggi,Rakyat Malaysia juga suka melayari Laman Facebook .Facebook digunakan sebgai medium untuk buat macam-macam,termasuklah iklan,

Jadi marilah bersama-sama menjadiakan negara kita FB capital,Klik dan enjoy dengan FB anda..

Let's come together and create the largest FB invite card so we can be acknowledged as the FB capital of the world! #DiGiFBforall






ChurpChurp Race


Iklan dari penaja utama Churpchurp...Untuk keterangan lanjut sila klik di bawah

I'm on The Great ChurpChurp Race. Are you in it too?! #Churp2Race


We are gonna make this... LEGENDARY.

There is the F1 Race, and there will the THE GREAT ChurpChurp RACE! So great farm crops and poker chips might just have to wait.

All you've gotta do for this race is:

Step One - Bring friends to Join the Race!
Step Two - Beat friends who's in the race! Come on, BFFs can wait!
Step Three - WIN iPad 2, BB Bold 3, iPod Touch and a pair of movie passes!

Quick, start your engines and speed your way to the finishing line! Remember, no long pit stops as you may just lose out!










wuuhuu e-comic

http://adzmierz.blogspot.com/




Best Jugak Baca wuuhuu e-comic

wuuhuu e-comic

Korang penah dengar tak pasal komik online kat Malaysia ni,nama komik tu wuuhuuo e-comic,sekarang dah ada 4 issue dah,best jugak kalau baca dari issue pertama,pastu e-comic ni canggih dan sanggat interaktif,jom baca dan sokong komik buatan tempatan ke arah global ,

sumber dari http://wuuhuuonline.com/




HyppTV TM Unifi

http://adzmierz.blogspot.com/






Iklan dari penaja utama, sila klik link dibawah untuk keterangan lanjut
Jom langgan HyppTv


Apa Yang Best @ HyppTV TM Unifi




HyppTV TM unifi


Kepada siapa yang hari-hari mengadap pc sampai tak sempat tengak astro ke tv ke,sekarang ada produk baru dari TM yang menggunakan konsep broadband pulak untuk menyiarkan siaran tv,
HyppTV yang diperkenalkan oleh TM unifi ni akan menjadi rakan pesaing kepada astro,HyppTV dibawakan melalui broadband berkuasa tinggi Unifi,terdapat 3 pakej menarik iaiu vip 20,vip 10.dan vip 5,antara saluran-salauran yang disediakan dalam HyppTv ini termasuklah:

Siaran HyppTV:
101 - TV1
102 - TV2
103 - TV3
107 - NTV7
108 - 8TV
109 - TV9
110 - Hikmah
120 - Bernama TV
112 - MNC International
121 - DW-TV Asia +
122 - Channel NewsAsia
123 - Euronews
124 - Australia Network
125 - Bloomberg TV
130 - CBeebies
131 - BabyFirst TV
140 - BBC Lifestyle
141 - BBC Knowledge
142 - Fashion TV HD
143 - Fashion TV
144 - LUXE.TV HD
145 - Travel Channel
146 - iConcerts HD
150 - STAR Chinese Channel
151 - STAR Chinese Movies 2
152 - Channel [V] Taiwan
153 - SETI
160 - Universal Channel
161 - Syfy Universal


untuk keterangan lanjut boleh la layari laman web
http://www.unifi.my/hypptv/
Jom langgan HyppTv











Monday, April 18, 2011

Game Paling Popular Masa Boring Di Pejabat

http://adzmierz.blogspot.com/


Apakah pekara dan perbuatan jika anda ada banyak masa di pejabat setelah siap semua kerja ataupun time rehat tak keluar makan tapi duduk kat ofis sebab bak simpan duit nak kahwin.Mungkin perasaan boring dan stress jugak kadang-kadang yang menghantui diri kita ini tidak dapat dilenyapkan melainkan kita melakukan sesuatu pekara,Apakah pekara yang dapat menghilangkan perasaan bosan dan boring tersebut.So kita pun main game yang mudah dan simple-simple kat PC kita,mungkin bukan hobi kita main game,tapi untuk meluangkan masa apa salahnya,best ke main game kat pc ni,kalau main hari-hari mesti bosan jugak,berikut adalah senarai game-game akibat kebosanan paling popular masa di pejabat hahahahaha,mesti korang main jugak kan?

Games Susun
Plant VS Zombie
zuma zuma
snooker 147
same game
fantasy epl
snake game
monopoly game
pacman
Big Fish games



apa lagi yer,sape ada game lagi best,tolong tambah lagi yer,hahaha



Filem Monopoly 2011

http://adzmierz.blogspot.com/


Siapa masa zaman budak dulu suka main kad monopoly? ada yang sampai besar masih suka main lagi,siap main game dalam pc takpun main monopoly deal kad.Monopoly deal paling best main,mesti gaduh punya lah,boleh main dengki-dengki dengan orang hahahaha,tapi tak baik kalau di amalkan dalam kehidupan seharian hahaha,dan yang paling best di dengar,menurut sumber dari internet yang boleh dipercayai,tahun 2011 ni,Ridley Scott nak terbitkan filem Monopoly,mesti best kan?tak sabar nak tunggu tayang kat Malaysia,hope ada,macam mana la jalan cireta filem tu,macam filem Zumanji ke?sama-sama tunggu lah nanti.

sumber http://www.3dmovie-trailer.com/p/2011-movies.html

Sedikit sejarah permainan monopoly dari wikipedia.

Monopoly adalah satu permainan papan yang paling laris jualannya di dunia. Dalam permainan ini, pemain berlumba untuk mengumpulkan kekayaan melalui satu perlaksanaan satu sistem ekonomi mainan yang melibatkan pembelian, penyewaan dan pertukaran hartanah dengan menggunakan duit mainan. Pemain mengambil giliran untuk membalingkan dadu dan bergerak di sekeliling papan permainan mengikut bilangan yang diperolehi dengan balingan dadu tadi.

Permainan ini dinamakan bersempena konsep monopoli dalam teori ekonomi, iaitu penguasaan pasaran oleh peniaga tunggal tanpa ada apa-apa persaingan.







Pertandingan Foto Alam 2011

Salam,Peluang keemasan kepada kawan-kawan yang suka mengambil foto pemandangan macam saya,Jom Join Pertandingan Foto Alam Jabatan Muzium Malaysia,Saya Pun tengah terfikir nak letak foto yang mana satu ni hehehehe.Pertandingan ini bermula dari 6 April 2011 sehingga 6 Mei 2011 di Natural History Museum, Putrajaya.








Kung Fu Panda 2: The Kaboom of Doom

http://adzmierz.blogspot.com/




Siapa yang minat dengan kung fu panda dulu...mesti tak sabar nak tengok sambungan citer tu kan?Menurut laman web perfileman hollywood,diorang cakap dalam bulan mei 2011 ni akan keluar citer ni,dah tak sabar nak tonton ni,

Suara-suara popular yang akan menguatkan lagi kunfu panda ni termasuklah,Jack Black jadi Master Po,Dustin Hoffman jadi Master Shifu,Angelina Jolie jadi Tigress,Michelle Yeoh jadi The Soothsayerdan dan Jackie Chan jadi Monkey.




Sunday, April 17, 2011

Perlancongan Di Selangor

http://adzmierz.blogspot.com/




Apa Yang Best Di Hujung Minggu Kalau Anda di Lembah Kelang
Hujung minggu adalah hari cuti untuk berehat,setelah penat bekerja,tinggal di Lembah Kelang memang meletihkan dengan kesesakan dan macam-macam lagi,kepada yang suka melancong dan poket tebal sedap la pergi sana sini,tapi yang berpoket sederhana tebal ni,jalan-jalan area sini je lah...hmmmm apa yang best ye kat kat sekitar lembah Kelang dan Selangor ni,

Taman Tema best jugak,ada tiga tempat best kat sini Sunway Lagoon,The Mines Wonderlands,Wet World Shah Alam,Sunway Lagoon memang best leh main air dan shopping,The Mines pun sama.Wet World Shah alam kalau dah bekeluarga seronok la,

Pantai atau Pulau kat area sini nampak macam banyak juga,contohnya Pantai Morib kat Banting boleh la main layang-layang atau nak tengak matahari terbenam,nak mandi macam tak best jer,,Pantai Remis kat Jeram pun best juga,tapi sama la macam Morib,Pantai Bagan Lalang kat Sepang pun best juga,tapi baik naik kereta pergi PD jer,,Pulau Ketam dan Pulau Carey boleh la kalau kita ni kaki pancing hehehe,Pulau Indah pun boleh juga,tengak kapal-kapal besar Starcruise,
Pantai Remis Selangor

Kalau kita ni kaki panjat bukit dan kaki jogging sesuai la jalan-jalan kat Bukit Cahaya Seri Alam Shah Alam,naik basikal ke,Jogging ke,macam-macam boleh buat kat situ,sekarang ni ada skytrek pulak,lagi menyeronokkan sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.Lagi satu Bukit best adalah Bukit Melawati kat Kuala Selangor,siap ada keretapi kecik,sesuai bawa budak-budak dan tengak kera banyak kat atas tu,Bukit Tabur kat Ulu Klang pun best kalau kita ni kaki hiking or rock climbing,memang mencabar habis la naik bukit Tabur,
Bukit Cahaya Seri Alam/Taman Pertanian Malaysia/Taman Botani/Bukit Cherakah

Bukit Tabur Taman Malawati


Kalau yang suka mandi manda,yang paling dekat kat area Lembah Klang ni banyak juga,tapi ramai sangat pengunjungnya,Antara tempat-tempat yang best,Jeram Sungai Congkak,Jeram Sungai Tekala,Air Terjun Sungai Gabai,Air Terjun Bukit Belacan,Sungai Chiling,Area Ulu Yam lagi banyak tempat mandi,Sg Sendat pun best.Kalau area Rawang ada Templer Park,Kalau nak mandi kolam air panas boleh la pergi Selayang dan kat Hulu Tamu Batang Kali.

Sungai sendat


gambar dari laman web panoramio adzmierz http://www.panoramio.com/user/1355778




Friday, April 15, 2011

PEMINAT SETIA FANTASY EPL: Jadual Perlawanan EPL Minggu 33

PEMINAT SETIA FANTASY EPL: Jadual Perlawanan EPL Minggu 33: "Gameweek 33 Birmingham v Sunderland Blackpool v Wigan Everton v Blackburn West Brom v Chelsea West Ham v Aston Villa Arsenal v Liverpool N..."




Thursday, April 14, 2011

Kereta Mainan Hot wheels yang Paling Popular

http://adzmierz.blogspot.com/




Tahukan kawan-kawan peminat kereta Hot Wheels semua,kereta mainan Hotwheels yang paling popular menurut laman web Hot Wheels adalah:

Lamborghini Gallardo LP570-4
Tesla Roadster; the Batmobile
2010 Ford Shelby GT500 Super Snake
1957 Chevy; the Custom 2011 Camaro
1971 Dodge Challenger
Dodge Challenger drift car
1969 Ford Torino Talladega
Chevy Camaro Concept

nanti ada masa saya akan uploadkan gambar-gambar kereta ni semua.

Sumber: http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_most_popular_hot_wheels_car#ixzz1JUDfV1tp





Wednesday, April 13, 2011

Di Nasihatkan Tidak Berkunjung Ke Fukushima Jepun

http://adzmierz.blogspot.com/


Kepada Rakyat Malaysia yang hobinya melancong adalah dinasihatkan supaya tidak berkunjung ke Fukushima, Jepun kecuali jika mempunyai urusan penting sahaja kerana status loji nuklear Fukushima Daiichi masih dalam keadaan serius.P
ihak berkuasa Jepun tidak membenarkan pengunjung memasuki ke kawasan pemindahan pada jarak sekitar 20 kilometer dari loji itu.

Kalau rakyat malaysia yang dah ada kat sana kena lah dapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa di Fukushima, Jepun, Kedutaan Besar Malaysia di Jepun dan Kedutaan Besar Jepun di Malaysia.

Menurut Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di Malaysia masih menunjukkan paras normal dan sebarang khabar angin yang mengatakan negara kita dah kena radioaktif hanyalah khabar angin semata-mata


Tuesday, April 12, 2011

Telur Palsu @ Telur Tulen

http://adzmierz.blogspot.com/


Sekarang ni kecoh pasal telur ayam palsu pulak. Pelik sungguh la..telur ayam pun orang nak ciplak he2. memang sebijik terus dia ciplak, menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan dari seorang pengguna, mangsa telah membeli 30 biji telur di pasar Pulau Tikus dengan harga RM11. Ada yang telah makan sebulan baru sedar yang telur tu palsu.
Tetapi dalam berita dua hari lepas kajian telah dilakukan oleh Jabatan Kimia dan keputusanya,
Analisis Deoxyribonucleic acid (DNA)empat sampel telur ayam dari Pulau Pinang mendapati telur berkenaan adalah tulen.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan analisis itu mendapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama dengan telur ayam,so kita tak perlu risau lagi,macam saya yang tak pernah masak dan beli telur pun lagi bahaya he2,sebab makan telur kat kedai jer,




Skim Ujrah PTPTN

http://adzmierz.blogspot.com/


Skim Ujrah atau skim lama yang mana lg bagus yer.dari blog-blog yang saya baca terlalu banyak pro & kontra diantara kedua-dua sistem ini,kena banyak fikir lagi ni,antara blog-blog yang membincangkan pasal ujrah ptptn ni:

http://blog.thinker.my/penalti-8-senarai-hitam-ptptn/

http://eforum3.cari.com.my/archiver/?tid-524073.html

http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html

http://tinnitusmix.blogspot.com/2011/03/penjelasan-mengenai-penipuan-ujrah.html




Pemandangan Kuala Lumpur dari Bukit Tabur

http://adzmierz.blogspot.com/


Sambil mendaki di Bukit Tabur Taman Melawati Kl,sempat juga snap pemandangan indah Kuala Lumpur dari puncak Bukit Tabur
Pemandangan Kuala Lumpur,Bukit-bukau sekitar Taman Melawati KL

Pemandangan KLCC,dan Menara KL dari Bukit Tabur






Sunday, April 10, 2011

PEMINAT SETIA FANTASY EPL: Keputusan EPL minggu 32

http://adzmierz.blogspot.com/

PEMINAT SETIA FANTASY EPL: Keputusan EPL minggu 32: "Sabtu 9 April 2011 Wolverhampton Wanderers 0-3 Blackburn Rovers 1-1 Birmingham City Bolton Wanderers 3-0 West Ham United Chelsea ..."




Saturday, April 9, 2011

Panjat Bukit Tabur Ulu Klang

Hari sabtu team just say no mpg telah melakukan aktiviti riadah di Bukit Tabur Ulu Klang,seramai 11 orang telah menawan beberapa puncak Bukit Tabur untuk melihat keindahan semula jadi dan melihat pemandangan indah KL.xpdc ini melibatkan hiking,jungle tracking dan mandi manda di klang gate,
menuju puncak bukit tabur
kapten sedang memberi taklimat
pemandangan sekitar bukit tabur
empangan klang gate
terus panjat
terus mendaki
team just say no mpg

keletihan memuncak