penaja utama

Monday, May 30, 2011

Hari Belia Negara 2012 disambut seminggu

http://adzmierz.blogspot.com/




Salam,
Setelah lama menanti hari bersejarah ini,akhirnya Hari Belia Negara 2011 di sambutdi Putrajaya bagi menghimpunkan Sejuta Belia pada 27 – 29 Mei 2011 lalu.

Antara Aktiviti yang di anjurkan adalah:
Memancing Sejuta Belia
Karnival Sukan Air
Karnival Jom Makan 1 Malaysia
Pertandingan Mencipta Logo & Slogan Sekretariat Rakan Muda IPT
6th Malaysia International Ekiden Run Putrajaya 2011
Terdapat lebih 200 acara yang mempamerkan bakat dan kemahiran yang ada pada belia diadakan Tahun ini.

Apabila kita ke Putrajaya di hari besejarah tersebut, kita dapat lihat belia memenuhi segenap pelusuk Putrajaya dengan berhimpun beramai-ramai sempena Himpunan Sejuta Belia

Semua belia-belia ini tidak melepaskan mengikuti segala aktiviti yang dijalankan dan dirancangkan tanpa jemu.

Maka,Akibat sambutan luar biasa ini,Kementerian Belia dan Sukan bercadang memanjangkan sambutan Hari Belia Negara selama seminggu berbanding tiga hari sebelum ini.

Jadi lebih banyak lah peluang untuk kita semua berkumpul di Putrajaya dan bersama melakukan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kita...'Untuk kita-kita ajer' hehehehe

Boleh layari laman web hari belia negara dibawah ini untuk maklumat lanjut.
http://www.haribelianegara.org.my/










2 comments: