SAMBUTAN HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2011
Disambut setiap tahun pada 31 Mei,Ia di disambut untuk meningkatkan kesedaran perokok dan bukan perokok tentang ancaman kesihatan akibat tabiat merokok.Juga turut mempromosikan khidmat berhenti merokok di kalangan perokok dan bukan perokok bagi menghentikan tabiat merokok.
Sempena hari tanpa tembakau,Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyarankan pengeluar filem supaya tidak perlu memapar rokok atau gambaran merokok di dalam filem mereka.
Filem pendek mengenai antimerokok yang bertajuk "Cinta Akhir" turut dilancarkan
Filem pendek berdurasi 10 minit ini dilakonkan oleh Pierre Andre,memberi kesedaran mengenai keburukkan merokok
Turut dilancarkan sempena hari tanpa tembakau adalah,Kempen ASAP yang dibiayai oleh Dana Belia 1Malaysia.
Kementerian Kesihatan juga bersedia untuk bekerjasama dengan pembuat filem untuk membuat filem bertemakan anti rokok.