penaja utama

Sunday, April 24, 2011

Samsung Saman Apple




i phone 4

Kronologi kes Samsung Saman Apple

1.Samsung memfailkan saman hak cipta terhadap Apple berhubung gajet iPhone dan iPad keluaran Apple berkenaan dalam kes saman balas selepas Apple mendakwa Samsung meniru produknya.

2.Apple sebelum ini mendakwa telefon pintar dan komputer tablet buatan Samsung ditiru daripada iPhone dan komputer iPad keluarannya.

3.Saman balas Samsung itu dikemukakan beberapa hari sebelum ia melancarkan produk terbarunya.

4.Apple memfailkan saman terhadap Samsung pada Jumaat minggu lalu dengan mendakwa Samsung melanggar paten dan hak cipta membabitkan gajet iPhone dan iPad keluarannya.

5.Samsung sebaliknya mendakwa bahawa gajet iPhone dan iPad keluaran Apple telah melanggar paten teknologi mudah alih pihaknya.

6.Samsung meminta Apple supaya berhenti meniru teknologinya dan membayar sejumlah ganti rugi.

Fakta menarik
"Apple menyaman Samsung baru-baru ini kerana ia bimbang dengan kebangkitan Samsung dalam pasaran gajet yang sebelum ini dicipta olehnya," kata seorang penganalisis firma Daewoo Sekuriti, James Song semalam.Apple telah menjual 18.6 juta telefon pintar iPhone dalam suku pertama tahun ini namun Samsung dilaporkan menjual sekitar 13 juta telefon pintarnya pada suku sama dan merancang untuk menjual 60 juta telefon itu pada tahun ini.




No comments:

Post a Comment