penaja utama

Sunday, April 24, 2011

Keputusan Anugerah di Malam Keraian Sukan Astro Arena (Saluran 801)

http://adzmierz.blogspot.com/



Astro Arena


Malam 24/4/2011 Astro Arena telah meraikan ulang tahun pertama yang berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur,Malam tersebut juga adalah malam pengumuman keputusan anugerah atlet yang dipilih secara undian.

Keputusanya adalah seperti berikut:


Selepas kejayaan membantu negara merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010 dan kemudiaannya muncul pemain tempatan pertama bermain di liga luar negara melayakkan Safee Sali untuk dinobatkan penerima anugerah Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan Malaysia

Safee Sali

Manakala bagi kategori Atlit Wanita Pilihan Berpasukan pula menyaksikan penembak negara Nur Ayuni Abd Halim telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut
berdasarkan pencapaiannya merangkul pingat emas semasa Sukan Komanwel 2010.

Seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan turut menerima anugerah iaitu bagi kategori Atlit Muda Pilihan

Selain itu anugerah dalam kategori Kebangkitan Pilihan yang menjadi milik atlit angkat berat , Amirul Hamizan Ibrahim

Kosmo pula terpilih untuk menerima Anugerah Khas Meja Sukan Pilihan sebagai tanda penghargaan di dalam memartabatkan sukan tempatan negara.

Selain menerima anugerah, kesemua atlit yang menerima anugerah 'Malam Keraian Sukan Malaysia' tersebut juga telah terpilih selaku Duta Baru untuk pihak Astro Arena pada tahun 2011






No comments:

Post a Comment