penaja utama

Thursday, April 21, 2011

Kalkulator Gula

http://adzmierz.blogspot.com/



Di Negara kita penyakit Diabetis semakin berleluasa.Semuanya berpunca dari amalan seharian kita dan budaya masyarakat kita sendiri yang suka makan gula,saya sendiri pun suka makan gula,dan menjadi menu utama setiap hidangan,Saya seorang paramedik,dan tahu keburukan gula ini,namun semuanya kerana kesedapanya,gula terus menjadi ramuan sejati dalam hidup.tetapi makanan yang mengandungi gula semula jadi seperti buah-buahan dan susu adalah baik dan sihat untuk diet kita.Jadi kita kena banyakkan makan buah-buahan dan susu segar yang terbaik dari ladang.

Sedikit fakta mengenai gula dari wikipedia:
Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan "gula" untuk bermaksud sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih. Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok tebu atau pokok bit gula. Dalam senarai ramuan, mana-mana satu perkataan yang berakhir denga "osa" mungkin merupakan gula. Dalam istilah masakan, gula dikenali sebgai makanan yang memberikan rasa manis

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan merupakan sumber berpotensi untuk kalori berlebihan yang menyumbang ke arah perkembangan obesiti dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit koronari jantung dan karies gigi – walaupun untuk kanak-kanak.

Jadi saya syorkan satu laman web yang best untuk menyemak kadar gula dalam makanan untuk kita dan anak-anak kita,ini adalah usaha kita semua untuk menguranggkan penggunaan gula dalam makanan.

http://www.semakgula.com.my/index.aspx







No comments:

Post a Comment