penaja utama

Wednesday, April 27, 2011

Rakyat Malaysia Terpaksa Berhutang Melebihi Pendapatan

http://adzmierz.blogspot.com/





Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mendedahkan bahawa,nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh rakyat negara kita merupakan antara yang tertinggi di dunia dengan kadar 140 peratus.kadar 1.4 kali lebih tinggi berbanding pendapatan menyebabkan pendapatan boleh guna menjadi semakin sedikit.Jadi tidak banyak lagi yang tinggal untuk dibelanjakan bagi makanan, pengangkutan, pendidikan dan kecemasan. Ia akan membebankan bila jika kita jatuh sakit atau hilang pekerjaan.Memang sangat bermasalah bila tiba saat seperti itu.

Bandingan dengan kadar di negara lain:
Singapura dengan 105 peratus
Amerika Syarikat 123.3 peratus
Korea 101 peratus
Thailand 52.7 peratus
Indonesia 38 peratus

Antara hutang isi rumah di negara ini:
membayar balik pinjaman perumahan
pinjaman kereta
penggunaan peribadi
pembelian saham
kad kredit

Tanggungjawab pihak yang berwajib:
perlu mengetatkan peraturan sedia
meningkatkan bayaran pendahuluan yang minimum
meningkatkan deposit
mengurangkan tempoh pinjaman kereta
perlu menghentikan iklan bagi pinjaman dan kad kredit yang tidak telus







No comments:

Post a Comment