penaja utama

Sunday, April 24, 2011

Apakah kelebihan Google Maps dan Google Panoramio

http://adzmierz.blogspot.com/




Apakah kelebihan Google Maps dan Google Panoramio
Google Maps adalah perisian tentang pemetaan dunia yang di aplikasi kan oleh Google,Perkhidmatanya adalah percuma dan ia termasuk,Google Maps website, Google Ride Finder, Google Transit,Google Maps banyak membabntu perkembangan GPS dan ia juga
terpopular dalam siri peta dunia,dan ia sangat mudah untuk digunakan,Kita boleh merancang perjalanan dan mudah mengetahui arah,tetapi gambar dari Google Maps satellite bukanlah gambar yang baru tetapi ia diambil beberapa tahun lepas,untuk mengetahui tarikh sebenar bolehlah merujuk di software Google Earth.

Google Maps terdiri daripada Maps,Satellite dan Terrain,Kita mudah mengetahui jarak sesuatu tempat melalui direction.mudah untuk kita mengetahui jalan yang mudah dan paling dekat untuk ke suatu tempat.Google maps juga turut menjadi perisian utama di telefon bimbit,ia lebih mudah dan hampir sama dengan laman web di pc,

Dari Google Maps juga beberapa pautan lain turun di sediakan,contonya Wikipedia iaitu ekslopedia tentang sesuatu tempat,dan Google Panoramio yang membolehkan kita melihat gambar dan pemandangan sesuatu tempat,

Google panoramio adalah laman web yang membolehkan kita memuatkan gambar-gambar sesuatu tempat kedalam Panoramio dan petakan ia supaya ia diletakkan di dalam Google Earth,dan Google Maps.

Memasukkan gambar ke dalam Panoramio adalah hobi utama saya,jika saya ke mana-mana pasti bertemankan Kamera dan saya akan mengambil gambar sekitar kawasan yang saya lawati,untuk melihat hasil gambar-gambar panorama yang telah terpilih untuk Google Maps bolehla layari Laman Web Panoramio saya.:

http://www.panoramio.com/user/1355778













No comments:

Post a Comment