penaja utama

Wednesday, June 8, 2011

Semak Mainan Belabel MC

http://adzmierz.blogspot.com/






Mainan Belabel MC

Kepada peminat mainan,

MC adalah singkatan untuk Malaysian Conformity.MC merupakan penanda aras keselamatan alatan permainan kanak-kanak.KPDNKK telah mewajibkan penggunaan tanda pematuhan Malaysia Conformity (MC) untuk semua alat permainan sama ada yang dikilangkan dalam negara atau diimport sejak 1 Ogos 2010.

Penandaan logo MC bertujuan untuk menjaga kebajikan pengguna selain sebagai penanda aras yang membuktikan produk permainan yang berada di pasaran tempatan adalah produk yang berkualiti dan pengguna tidak perlu ragu-ragu tentang keselamatannya

Banyak alat mainan yang dijual di pasaran masih belum mempunyai label Pematuhan Malaysia (Malaysian Conformity, MC).Bagi peminat mainan yang sudah dewasa seperti kita,MC dirasakan tidak menjadi keutamaan lagi,yang penting minat.Penandaan MC ini amat penting bagi kegunaan kanak-kanak.


Untuk maklumat lanjut sila layari:
www.kpdnkk.gov.my






2 comments: