penaja utama

Wednesday, January 13, 2010

Mattel Syarikat Pengeluar Kereta Mainan

Dari web http://ms.wikipedia.org/wiki/Mattel

Mattel Inc. merupakan sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang mengeluarkan pelbagai alat mainan terbesar di dunia. Produk kilang ini termasuklah Hot Wheels , Matchbox car, anak patung Barbie , board games dan di awal 1980-an consol permainan video. Ia diasaskan pada 1945 oleh Harold Matt Matson dan Elliot Handler . Mattel adalah gabungan kata 'Mat'son dan 'Ell'iot. Isteri Handler kemudian telah menjadi presiden dan menjadikan produk Barbie menjadi terkenal pada 1959. Hari ini Barbie menyumbang 80 % keuntungan Mattel


Hot Wheels adalah jenama bagi permainan kereta 'die-cast' yang terkenal di dunia. Ia mula dihasilkan oleh syarikat Mattel pada 1968 dan diminati oleh golongan lelaki tidak kira kanak-kanak mahupun remaja.

Hampir 40 peratus kesemua kereta Hotwheels di dunia dibuat di Malaysia.Ia juga dibuat di China dan Thailand.

Matchbox adalah jenama bagi alat permainan kereta tuangan beracuan yang sekarang ini dimiliki oleh Mattel, Inc. Ia dinamakan "Matchbox" (bahasa Inggeris bagi kotak mancis) kerana gaya dan saiz kotak pembungkusnya model awalnya hampir sama dengan kotak mancis.

Jenama ini mula dikeluarkan pada tahun 1953 oleh Lesney Products di England. Sekarang pengeluarannya dibuat di China dan Thailand




No comments:

Post a Comment